TESTIMONIAL

UNIT S2 MPIP

>> Monday, November 9, 2009

Kepada semua rakanku Unit S2 Maktab Perguruan Ipoh, Perak (MPIP) tahun 1997-2000. Kalau korang semua rasa nak buat reunion boleh emelkan nombor telefon, gambar atau maklumat terkini tentang lokasi anda pada alamat berikut alibaba.776@gmail.com.
Sya ni kalu korang tak kenal, ialah Mohd Azli atau dikenali sebagai Abu S2.
Moga perjumpaan kita akan dapat direalisasikan. Pasal sy dgr2 citer, unit lain ramai yang nak buat reunion ni. Unit S7 nak buat kat Melaka 21-23 November 2009 ni. Kelas kita, kalu buat tahun depan pun kira ok la.

Read more...

KENAPA DUN PERAK PERLU BUBAR

>> Friday, October 23, 2009

1. PM NAJIB TURUN KE PERAK

2. PERAK DIPILIH PELANCARAN 1 MALAYSIA

3. POSISI KAUM NEGERI PERAK MENGAMBARKAN 1 MALAYSIA

4. NEGERI PERAK KECOH DI BAWAH ZAMBRY

5. SIDANG DUN PERAK 28 OKT AKAN KECOH LAGI

6. BAJET NEGERI PERAK TIDAK DAPAT DIBENTANG

7. PERAK ADA 2 MB SAH DAN HARAM

8. PERAK ADA 2 SPEAKER SAH DAN HARAM

9. GANESAN SPEAKER HARAM SIVAKUMAR SPEAKER SAH

10. 3 WAKIL RAKYAT BEBAS MUNGKIN TAK SOKONG BN

11. ZAMBRY TAK DAPAT SOKONGAN PENUH BAHAGIAN UMNO

Read more...

NAK BUBAR DUN PERAK???

Difahamkan dari senarai terbaru yang dipamerkan SPR, lebih kurang 50 ribu pengundi baru telah di daftar. Hebat!!!


One Malaysia dilancarkan di Perak. Negeri bergelora sejak Mac 2008. Gelora di Perak dirasai tempiasnya seluruh dunia.

Pemerhati politik dan wartawan antarabangsa menjadikan Perak sebagai destinasi persinggahan hinggakan pokok yang dah lama bertapa di Medan istana disiar ke seluruh dunia gara gara sidang bawah pokok.

PR telah lama mendesak agar DUN Perak dibubar susulan rampasan kuasa kerajaan Kudeta BN . Kuasa rakyat dirogol dengan ganas tanpa simpati terhadap rakyat.

Kerajaan kudeta yang berslogan Rakyat diutamakan itu tahu sengsara rakyat Perak angkara perbuatan rakus mereka namun nafsu serakah gila kuasa telah menguasai mereka. Slogan rakyat diutamakan adalah topeng puaka yang dipakai najib bagi menutup wajah hodoh kerajaan pimpinannya.

Ketika One Malaysia dilancarkan di Ipoh, rakyat keliru adakah ianya anjuran kerajaan atau umNO kerana lambang umNo tertera jelas.

Namun wang yang digunakan mustahil milik umNO. 1500 buah bas disewa khas ke pelusuk kampung untuk mengangkut warga Perak. Ketika melalui Tol Ampang saya tersekat gara gara bas yang bersusun walaupun ketika itu maghrib telah masuk. Saya terlepas takbir awal gara gara bas sewa.

Di fahamkan setiap pelajar yang diangkut akan dibayar rm 10 setiap seorang. Saya terlepas detik malam tadi kerana ada dua program yang terpaksa dihadiri. Kalau tidak tentu himpunan raksasa robot upahan akan saya kongsi bersama. itulah yang difahami sebagai gelombang pilihanraya Perak yang akan berlangsung bila bila masa.

Ada yang meramalkan melalui mangkuk putih tarikhnya ialah 28 November... Saya juga cuba meramal, namun belalang yang saya cari di padang tidak saya temui...

Mengikut maklumat yang diterima umNo negeri telah bersedia menghadapi pilihanraya yang dituntut. Ketika PR melalak menuntut pilihanraya negeri, umNo buat perangai lembu kenyang. Kita menyangka mereka tak peduli, rupa rupanya mereka merancang dan bekerja. Sebahagian kita sibuk melalak mencabar tanpa kerja namun mereka membina kekuatan.

Difahamkan dari senarai terbaru yang dipamerkan SPR, lebih kurang 50 ribu pengundi baru telah di daftar. Hebat!!! Maklumat PR menyatakan kita hanya mendaftar sekitar beberapa ratus orang melalui agen yang dilantik. Siapa yang mendaftar mereka... itulah kerja licik umNO dengan tangan SPR.

Apapun perkembangan ini semakin menarik perhatian. umNO telah mencurah projek dari kerajaan pusat. Belanjawan negeri akan dibentang 28 Oktober ini. PR mesti waspada dengan perangkap 28 oktober.

Saya sangat yakin peristiwa 28 oktober akan dicatur dengan pengarahan terbaik bagi memberi gambaran buruk PR di Perak.

Di harapkan PR memberi perhatian persidangan kali ini bukan hanya untuk tunjuk kita berani, tetapi MESTI WASPADA dengan perangkap yang telah sedia di pasang begitu rupa... Percayalah... 28 Oktober akan menjadi detik bersejarah permulaan pembubaran DUN Perak...jika PR tersalah langkah menangani situAsi di hari tersebut.

Read more...

kalau sayangkan Islam

>> Tuesday, August 18, 2009

KALAU SAYANGKAN ISLAM Sebarkan kalu sayang pada islam BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi, PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi, CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah(nauzubillah) ........ jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua...... Protect Our Population Of Islam.... sumer org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) Salam

Read more...

LAGI KOMEN ANTI PPSMI

>> Monday, May 18, 2009

Laporan Eksekutif Tahap Kompetensi Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid
Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) Dengan Usahasama:
Universiti Putra MalaysiaUniversiti Pendidikan Sultan IdrisUniversiti Sains MalaysiaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Teknologi MaraMalaysia Universiti Teknologi Mara SarawakUniversiti Malaysia SabahUniversiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2009
LAPORAN EKSEKUTIF
1. Tajuk
Tahap Kompetensi Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris (PPSMI) Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal insan.
2. Objektif Kajian
Bertujuan untuk menilai status pelaksanaan PPSMI oleh guru-guru dan implikasinya ke atas pengajaran dan pembelajaran, serta pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Secara khususnya objektif kajian bertujuan untuk:
(i) Mengukur tahap kompetensi guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
(ii) Menilai kesediaan dan penerimaan guru melaksanakan PPSMI serta tahap komunikasi mereka dalam Bahasa Inggeris.
(iii) Menilai kecekapan guru dalam menggunakan teknologi komputer (TK).
(iv) Menilai prestasi murid termasuk kebolehan dan keupayaan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik serta kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
(v) Menilai peratus sumbangan penguasaan dan kemahiran Bahasa Inggeris murid-murid melalui PPSMI.
(vi) Menyampaikan dapatan kajian sebagai maklum balas membantu pihak penggubal dasar membuat keputusan.
3. Maklumat Kajian
3.1. Kajian dijalankan di Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) di seluruh negara, meliputi bandar, pinggir bandar, luar bandar, pulau dan pedalaman termasuk SK Orang Asli.
3.2. Sampel Kajian terdiri dari sembilan puluh (90) buah Sekolah Rendah, iaitu 58 SK, 10 SK (FELDA), 5 SK (PULAU), 3 SK (ASLI), 2 SK Pendidikan Khas, 7 SRJKC dan 5 SRJKT.
3.3. Bagi Sekolah Menengah (SM), Sampel Kajian terdiri dari tujuh puluh (70) buah sekolah, yang meliputi Sekolah Menengah Kebangsaan (44 SMK), SMK FELDA (5), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (4 SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (4 SBP), Maktab Rendah Sains Mara (5 MRSM), Sekolah Menengah Teknik (4 SMT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Conforming (4 SMKC).
3.4. Bagi Sekolah Rendah (SR), kajian dibuat terhadap murid-murid Tahun 5 (Kohort 2, 2004 PPSMI) bagi subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dengan menggunakan ujian standard.
3.5. Bagi Sekolah Menengah, kajian dibuat terhadap pelajar-pelajar Tingkatan 4, bagi subjek Sains dan Matematik (Aliran Sastera). Matematik Tambahan, Fizik 1, Fizik 2, dan Kimia 1 serta Kimia 2 bagi Aliran Sains dengan menggunakan ujian standard, termasuk Bahasa Inggeris.
3.6. Seramai 553 orang guru dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri, 186 SR dan 367 SM. Sementara bilangan pentadbir, iaitu Pengetua, atau Penolong Kanan Sekolah Menengah seramai 70 orang dan Sekolah Rendah 90 orang.
3.7. Jumlah bilangan murid sampel kajian, ialah 15.089 orang yang terdiri daripada kawasan Bandar 5404 orang (35.8 %), Luar Bandar 9388 orang (62.2 %), Sekolah Pedalaman 109 orang (0.7 %) dan Sekolah Pulau 188 orang (1.3 %).
4. Dapatan Kajian
4.1. Kajian mendapati sejumlah 39.3 peratus guru (73″ orang) Sekolah Rendah dan 13.2 peratus guru (49 orang) Sekolah Menengah masih belum berpeluang menghadiri taklimat asas PPSMI. Keadaan ini telah berlanjutan, dan jika tidak diberi perhatian, akan menyebabkan prestasi pengajaran guru tidak berkualiti.
4.2. Penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI amatlah kritikal dan merupakan masalah utama untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru belum yakin sepenuhnya untuk menggunakan Bahasa Inggeris, terutama sekolah di Luar Bandar. Kajian mendapati 39.3 peratus guru (74 orang) Sekolah Rendah dan 25.3 peratus guru (93 orang) Sekolah Menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Walaupun mereka gagal, mereka terus mengajar dan masih menerima elaun Bayaran Insentif Subjek Pendidikan. Kedudukan ini membimbangkan kerana ia memberi kesan terus kepada pedagogi serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
4.3. Kajian mendapati masih terdapat guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang tidak berkelayakan atau tidak tergolong sama ada mempunyai opsyen pertama 1.6 %, (3 orang) atau opsyen kedua 4.8 % (9 orang) dalam bidang Sains atau Matematik yang mengajar mata pelajaran PPSMI. Di samping itu sejumlah 1.4 peratus (5 orang) guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah yang tidak berkelayakan dalam bidang Sains atau Matematik terus mengajar mata pelajaran PPSMI. Amalan ini sepatutnya tidak berlaku secara berterusan kerana mata pelajaran PPSMI mementingkan konsep dan istilah dengan huraian secara saintifik dan tepat serta bukan sekadar mengajar murid dengan menggunakan bahasa Inggeris.
4.4. Secara keseluruhannya prestasi pengajaran dan pembelajaran guru PPSMI dalam bilik darjah adalah pada tahap sederhana (skor min 5.44) atau 54.4 peratus. Justeru usaha untuk meningkatkan Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) memerlukan usaha yang berlipat ganda, iaitu lebih daripada 20 peratus untuk mencapai tahap baik atau melebihi 30 peratus pada tahap cemerlang dalam asiJek permulaan, penyampaian, penggunaan dan interaksi murid dan guru dalam Bahasa Inggeris dan penggunaan serta kemahiran menggunakan Teknologi Komputer. Bagi melipat gandakan usaha ini berkemungkinan mengambil masa lebih daripada 10 tahun bagi mencapai matlamat PPSMI.
4.5. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru PPSMI mempunyai kompetensi pada tahap sederhana (min = 5.79) dalam melaksanakan proses pengajaran pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna jurang kompetensi agak besar (42.10%) untuk diperbaiki bagi menjadi guru yang cekap dan berkualiti.
Akibatnya pengajaran guru tidak bermaya, kaku, gagal menyampaikan isi pengajaran dengan tepat dan berkesan, menjemukan, lebih banyak membaca nota, buku teks atau menggunakan papan tulis. Gagal menghurai atau mengolah isi pengajaran dengan baik. penggunaan bahasa bercampur aduk:
(i) Dwi bahasa - Bahasa Melayu/ibunda melebihi Bahasa Inggeris.
(ii) Dwi bahasa – Bahasa Inggeris melebihi Bahasa Melayu/ibunda.
(iii) Tidak terdapat guru menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya .
4.6. Kecekapan guru dalam mengendali dan menggunakan Teknologi Komputer adalah pada tahap sederhana (skor min = 6.04). Dalam erti kata lain guru-guru masih kurang menggunakan bahan Teknologi Komputer atau menggunakannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. penggunaan teknologi komputer dalam PPSMI ini dianggap oleh guru-guru Sains dan Matematik tidak banyak membantu murid dalam memahami isi kandungan pelajaran dan proses pengajaran pembelajaran mereka.
4.7. ‘Roh’ atau tulang belakang PPSMI adalah terletak pada bahu pentadbir sekolah. Mereka memainkan peranan penting yang dipikul dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guru serta pencapaian akademik murid. Kajian mendapati pentadbir yang prihatin dengan Teknologi Komputer, mengaktifkan peranan panitia dalam PPSMI dan melaksanakan pemantauan ke atas pengajaran guru-guru memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan prestasi murid.
4.8. Daripada 12 mata pelajaran yang diuji, didapati bahawa murid-murid di kawasan bandar mengatasi rakan-rakan mereka di kawasan Luar Bandar dalam 10 mata pelajaran (kecuali mata pelajaran Fizik 1 dan Kimia 1) dengan perbezaan markah purata antara 3.30 hingga 19.73.
4.9. Status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid:
(i) Sekolah Rendah: Didapati sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan Bahasa Inggeris.
(ii) Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan Bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.
(iii) Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya 2 mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.
Oleh itu dapatan melalui analisis regresi berganda yang ditunjukkan di atas, jelaslah bahawa sumbangan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hanya mampu menyumbang pad a tahap paling minimum, iaitu kurang daripada 4 peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara kese.luruhannya. Dari segi perkiraan “cost -benefit analysis” dalam konteks pelaburan pendidikan jangka masa panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan dan sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Dengan ini disarankan supaya diberhentikan dasar PPSMI. lanya juga harus diterokai pendekatan alternatif pengajaran Bahasa Inggeris cara lain yang lebih konkrit dan praktikal, iaitu dengan menggubal dan menambahbaikkan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.
4.10. Urutan pencapaian murid mengikut peringkat dan jenis sekolah adalah seperti berikut:
(i) Berdasarkan susunan pencapaian murid rendah daripada tinggi ke rendah bagi ketiga-tiga mata pelajaran menunjukkan pencapaian murid SK berada tempat ketiga, di mana SJK (C) sentiasa mendahului dan lain-lain jenis sekolah sentiasa ketinggalan. Turut terserlah, ialah pencapaian SK (FELDA) berada di tahap yang mendukacitakan.
(ii) Berdasarkan susunan pencapaian murid Sekolah Menengah Aliran Sastera daripada tinggi ke rendah bagi ketiga-tiga mata pelajaran menunjukkan pencapaian murid SMK Comforming adalah lebih baik daripada SMK dan SMK (FELDA).
(iii) Berdasarkan susunan pencapaian murid aliran Sains daripada tinggi ke rendah bagi enam mata pelajaran aliran menunjukkan pencapaian murid sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan SMK Comforming mengatasi Sekolah Menengah harian. Sehubungan ini murid SMK dan SMK (FELDA) ketinggalan di belakang dan tidak dapat menguasai PPSMI.
4.11. Secara perbandingan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (9 kali ujian) yang diuji dalam Bahasa Inggeris dan diuji dalam dwi-bahasa peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Aliran Sastera dan Sekolah Menengah Aliran Sains menunjukkan pencapaian murid yang menjawab soalan dengan menggunakan medium soalan dwi-bahasa lebih baik atau mengatasi pencapaian mereka yang menggunakan medium Bahasa Inggeris dengan kelebihan skor min antara 6.94 hingga 16.45. Justeru itu adalah jelas bahawa penggunaan dwi-bahasa atau Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta ujian lebih digemari murid dan mereka dapat membuktikan penguasaan yang lebih baik dalam Bahasa Melayu. Dengan ini ditegaskan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik amat bertepatan untuk dikendalikan dalam Bahasa Melayu di peringkat SK dan menengah, dan bahasa ibunda di SRJKC dan SRJKT.
4.12. Pad a keseluruhannya bagi Sekolah Rendah, peratus pencapaian murid yang gagal adalah lebih tinggi (29.86 - 50.56 %) berbanding dengan bilangan mereka yang mencapai tahap cemerlang (10.12 - 31.00 %). Bagi murid Sekolah Menengah aliran sastera, trenda yang sama juga berlaku di mana prestasi murid yang gaga I adalah lebih tinggi (49.44 ¬85.08 %) berbanding dengan mereka yang cemerlang (1.11 % - 20.03 %). Begitu juga bagi murid Sekolah Menengah Aliran Sains, di mana peratus murid yang gagal (24.59 - 69.96 %) adalah lebih tinggi daripada mereka yang mendapat cemerlang (0.78 - 28.06 %).
4.13. Kajian PEMBINA dengan jelas mendapati sesungguhnya pelaksanaan PPSMI menimbulkan kerugian berganda (double jeopardy) kepada murid-murid, terutama kepada lebih kurang 75% murid-murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid¬murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat Sekolah Rendah lagi.
Buktinya, analisis sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 buah SK seluruh negara, menunjukkan bahawa pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009).
Tanda atau pola yang sama juga diperolehi oleh kajian-kajian yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Oaerah dan pihak sekolah sendiri.
Kemerosotan ini berlaku disebabkan murid-murid tidak dapat memahami dan mengikuti pelajaran dan konsep yang diajar oleh guru disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka amat lemah. Murid tidak dapat berkomunikasi dan menggunakan Bahasa Inggeris semasa berinteraksi dengan guru dan sesama mereka.
5. Kesimpulan
Justeru, kesan berganda hasil daripada sistem PPSMI mengakibatkan bilangan murid yang berkualiti tinggi (pencapaian tinggi) adalah terhad atau dalam lain perkataan bilangan mereka yang berpencapaian rendah mendominasi dalam arus perdana pendidikan peringkat menengah. Ini akan memberi kesan kepada pendidikan peringkat tertiari, di mana bilangan murid yang memasuki peringkat ini akan menurun terutamanya bagi penuntut Melayu aliran Sains.
Apa yang jelas, dari dapatan kajian ini adalah PPSMI tidak berkesan sebagai alat memperkasa modal insan murid bertaraf dunia dan setaraf dengan dunia maju. Malah dapatan kajian menunjukkan prestasi murid PPSMI dalam kalangan responden menurun dari Tahun Satu ke Tahun Enam. Prestasi murid dalam ujian dwibahasa secara signifikan lebih baik daripada prestasi mereka dalam ujian yang sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Petanda ini membawa kepada situasi atau fenomena akan wujudnya generasi terpupus “lost generation” dalam kalangan pelajar Melayu di mana mereka ini dikhuatiri tidak akan layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari, selanjutnya memupuskan golongan bijak pandai Melayu masa depan yang bakal menerajui Wawasan 2020, khasnya di dalam bidang Sains dan Teknologi. Dari setahun ke setahun, akan berlipat ganda anak-anak Melayu menganggur atau akan hanya bekerja sebagai pekerja biasa, tanpa mempunyai kemahiran disebabkan mereka gagal mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam peperiksaan awam.
Guru-guru diperhatikan tidak berupaya maju ke hadapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, mereka nampaknya berundur ke belakang. Mereka kekok berbahasa Inggeris, kurang yakin dalam penyampaian dan pedagogi mereka kurang berkesan serta ham bar. Mereka gagal menghidupkan interaksi antara murid - guru dan antara murid - murid. Amnya, kompetensi guru-guru PPSMI belum mencapai tahap yang diharapkan. Malah tidak terdapat guru yang menggunakan Bahasa Ingerfs sepenuhnya dalam pengajaran.
Dalam konteks pelaburan pendidikan jangka masa panjang, kajian mendapati proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik hanya menyumbang paling minimum, iaitu kurang daripada empat peratus terhadap peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris murid. Sumbangan ini terlalu kecil dan tidak mampu membantu mengurangkan kemunduran prestasi murid serta mengurangkan jurang perbezaan antara skor ujian dalam Bahasa Inggeris dengan skor ujian dalam dwibahasa.
Pentadbir sekolah telah menunjukkan komitmen yang signifikan, namun usaha mereka tidak dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian mendapati, pengurusan PPSMI mereka hanya menyumbang dalam aspek menggalakkan guru menggunakan sepenuhnya Teknologi Komputer, menggerakkan peranan aktiviti panitia dan melakukan pemantauan terhadap guru PPSMI. Namun, usaha ini masih belum mencukupi untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah melahirkan modal insan murid yang berkualiti.
5. Usul
5.1. PEMBINA mencadangkan supaya dasar PPSMI ini DITAMATKAN dan dikembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Melayu mulai peringkat Sekolah Rendah hingga ke peringkat Universiti, iaitu mengikut dasar seperti mana sebelum PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003.
5.2. PEMBINA amat yakin bahawa untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris melalui pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah salah dan menimbukan kerugian berganda ‘double jeopardy’ kepada murid-murid terutama murid-murid yang berprestasi sederhana dan lemah dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Oleh itu diusulkan bagi memperkasakan Bahasa Inggeris murid-murid hendaklah melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menggubal, meminda atau menambahbaikan kurikulum, kaedah pedagogi dan teknik pengajaran dan pembelajaran, penambahan waktu Bahasa Ingerfs, peningkatan tahap kecekapan guru dan sebagainya.
Usul ini dibuat adalah berdasarkan dapatan kajian dan justifikasi tahap kompetensi guru serta impaknya terhadap pembinaan modal insan murid, khususnya murid Melayu, bandar mahupun luar bandar, termasuk kawasan FELDA, Pulau, Pedalaman dan Sekolah ASLI. Adalah jelas bahawa pelaksanaan PPSMI GAGAL untuk membina modal insan murid yang berkualiti sebagaimana yang dihasratkan di peringkat awal pelaksanaan PPSMI.
Ketelusan, kejujuran, keikhlasan, integriti dan akauntabiliti semua pihak, khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia adalah diharap untuk menghentikan dasar PPSMI ini demi kesejahteraan dan pembangunan modal insan murid.

Read more...

ISU PPSMI DARI KONTEKS ULAMA

Ulama’ menentang PPSMI bersama budayawan dan sasterawan negara.
Program Ulama’ menentang PPSMI bersama budayawan dan sasterawan negara.

Teras Pengupayaan Melayu cawangan Perak bersama SHURA dan Jamaiy Perak telah berjaya menganjurkan Program Deklarasi Ulama’ Menentang PPSMI di Surau taman Meru 2B semalam (10 Mei 2009). Saya bersma Teras Perak mempromosikan program berkenaan dan dengan kerjasama kariah dan PAS Tambun, hadirin yang hadir melampaui jangkaan awal kami.

Pada sesi selepas Cikgu Azmi Abd Hamid membacakan memorandum keramat Ulama’ menentang PPSMI yang akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu bulan Julai nanti, sesi kedia menyusul iaitu ceramah umum isu PPSMI dan isu DUN Perak. Turut hadir adalah YAB Ir Nizar, En Dinsman (budayawan dan seniman), sasterawan negara Pak Abdul samad said serta lain-lain hadirin yang memperjuangka isu mansuh PPSMI.

Saya amat tertarik dengan isi penyampaian Pak samad. Saya terpana melihat kelakuan lembut dan sederhana beliau. Lengkap dengan bacaan puisi selepas ceramah ringkas beliau. Kalimah pentang yang saya hafal (pak Samad menyebut dengan lembut dan berhati-hati sekali) iaitu “ dikatakan bahasa inggeris itu bahasa rezeki duniawi. Tetapi Bahasa Melayu itu bahasa jati diri. Rezeki duniawi itu penting. Tetapi antara rezeki duniawi dengan jatidiri…..pilihlah jatidiri”…..saya terdiam dan terus sebarkan SMS akan kalimah beliau ini kepada beberapa rakan saya.

Benar kata Pak samad berkenaan PPSMI bukan agenda tahun 2002. Malah sejak awal mahathir telah mula mempersiapkan pentas untuk maju dan melestarikan visi iaitu malaysia ingin MAJU tiada yang lain. Tidak perlu fikir aspek jatidiri dan aspek budaya. Wawasan 2020 yang dijadikan visi penting beserta 9 perinsip umumnya tidak pula menjelaskan bahasa bahasa melayu menjadi penghalang. Malah objektif wawasan 2020 adalah menjadikan kemajuan negara melalui cara yang ‘tersendiri’. Semestinyalah maju dengan tradisi, bahasa dan budaya kita sendiri dan jika adapun etika kerja dan pengurusna yang berkiblatkan tradisi luar ia semestinyalah tidak menghancurkan malamat Dasar Kebudayaan dan hak-hak undang-undang bahasa kebangsaan.

Pak Samad banyak mengetuk ingatan pendengar berkaitan sikap dan hati pejuang bahasa pada tahun 1967 yang tidak sanggup melihat kerajaan melayu sendiri gugup dan pesemis dengan kemajuan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar kerajaan. Malah kajian ingin pula dibuat agar Bahasa Melayu difikir semula kesesuaiannya menggantikan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi terutama kehakiman.

Dahulu pernah sasterawan Negara Shahnon Ahmad menyelar Pak Samad apabila tidak bersama beliau berjuang Islam melalui PAS. Pak Samad berdiamkan diri dan terus mengkritik dasar kerajaan melalui puisi dan penulisan beliau. Beliau berkata dengan perlahan, saya terus menegur kerajaan tetapi dengan pena dan puisi kerana saya pemuisi….saya mula sedar beliau ingin jelaskan jiwa beliau sebenarnya. Pak Samad adalah golongan pejuang kiri pada saat sebelum merdeka. Pak Samad pernah berkempen untuk PKMM suatu masa dahulu malah beliau antara penulis yang banyak menegur rakyat melalui tulisan-tulisan tersusun rapi dengan warna-warna estetikanya tersendiri. Tidak secara zahir tegurannya.

Perjuangan Pak samad bersama NGO lainnya terutama gerakan Mansuh PPSMI adalah suatu rahmat kepada rakyat.

Read more...

KRISIS DI PERAK

>> Tuesday, May 12, 2009

Nampak gayanya isu ini akan berpanjangan dengan kedua-dua pihak saling cabar mencabar. Apa pasal susah sangat nak buat keputusan, rakyat dan muak dan mual dengan isu sebegini lama.
Kembalikan hak memilih kepada rakyat, biar rakyat yang pilih nak parti mana yang memerintah Perak sekarang. Kesian aku tengok rakyat Perak yang jadi pemerhati tak bertauliah je.
Sedarlah semua pihak harus beri kerjasama. Tolong hormat sikit pada keputusan dan hati nurani rakyat Perak. Kembalikan hek mereka.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP