TESTIMONIAL

PERBINCANGAN PERTEMUAN UNIT S MPIP

>> Sunday, February 28, 2010



Tanggal 26 Februari yang lalu, beberapa orang rakan unit S telah mengadakan pertemuan ringkas di sebuah restoran yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Rakan-rakan unit S yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Abu, Jaafar, Pak Un, Alias, Fadhil, Baseri, Lenggong, Ustaz Wadi dan Ustaz Hasnan.
Kami telah berbincang tentang projek reunion unit S2 MPIP. Atas dasar semangat 1 Malaysia maka kami telah membuat ketetapan bahawa perjumpaan yang bakal berlangsung ini tidak hanya melibatkan unit S2 sahaja tetapi beberapa unit lain seperti S1 dan juga S6. Ini bertujuan untuk memeriahkan acara yang akan diadakan kelak dengan kehadiran rakan-rakan yang lain.
Perbincangan tersebut juga telah mencapai kata sepakat bahawa reunion Unit S1, S2 dan S6 akan diadakan pada 5 dan 6 Jun 2010 bertempat di Port Dickson. Tempat penginapan akan diberitahu kemudian.
Sekiranya ada rakan-rakan yang ingin menyertai aktiviti tersebut, sila hubungi Abu atau Jaafar. Harap ramai rakan yang boleh hadir pada acara tersebut.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP